Khamis, 12 Mac 2009

WAHAI HATI YANG TENANG

Assalamualaikum wahai jiwa yang tenang,Ikatlah ilmu dengan menulisnya….Hati yang berpandukan nur Allah adalah hati yang sentiasa mencari redha Allah setiap masa dan ketika.Apabila memulakan sesuatu sebutlah Bismillah-Dengan Nama Allah.Apabila berniat melakukan sesuatu sebutlah InsyaAllah-Jika diizinkan Allah SWT.Apabila mengalami kesusahan sebutlah Subhanallah-Maha Suci Allah SWT.Apabila memuji seseorang sebutlah MasyaAllah-Dengan kehendak Allah SWT.Apabila mengucapkan terima kasih sebutlah Jazakallah-Semoga Allah SWT membalas kebaikan.Apabila bangun tidur sebutlah La iLLaaha iLLa Allah-Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT.Apabila bersin sebutlah Alhamdulillah-Segala puji-pujian bagi Allah SWT.Apabila orang lain bersin sebutlah YarhamukaAllah-Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasmu.Apabila insaf atau memohon ampun sebutlah-Astaghfirullah-Ampunilah ya Allah.Apabila mengangkat sumpah sebutlah-Wallahi wa billahi-Demi Allah SWT.Apabila menderma sebutlah Fisabillah-Pada jalan Allah SWT.Apabila menyintai seseorang sebutlah Lihub-Billah:Semoga Allah SWT menyayangi.Apabila meminta diri sebutlah Fi-Amaanillah;Semoga dipelihara Allah SWT.Apabila mengalami masalah sebutlah Tawakaltu-Ala- Allah;Aku berserah kepada Allah.Apabila berlaku sesuatu yang dihajati-Fatabaaraka- Allah;Allah Maha Berkuasa.Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini-Na'uudzu-Billah;Semoga dilindungi Allah SWT.Apabila berkahwin-Aamantu-Billah;Aku beriman kepada Allah SWT.Apabila berlaku sesuatu-Innalillahi-Wa- Inna-Ilaihi- Roji'uun-Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Apabila memohon doa-Ameen;Perkenankanlah.Hati yang hidup adalah hati merah yang tawadhu' mengingati Allah SWT.Zikrullah dan Zikrulmaut menuju Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan