Khamis, 12 Mac 2009

WAHAI HATI YANG TENANG

Assalamualaikum wahai jiwa yang tenang,Ikatlah ilmu dengan menulisnya….Hati yang berpandukan nur Allah adalah hati yang sentiasa mencari redha Allah setiap masa dan ketika.Apabila memulakan sesuatu sebutlah Bismillah-Dengan Nama Allah.Apabila berniat melakukan sesuatu sebutlah InsyaAllah-Jika diizinkan Allah SWT.Apabila mengalami kesusahan sebutlah Subhanallah-Maha Suci Allah SWT.Apabila memuji seseorang sebutlah MasyaAllah-Dengan kehendak Allah SWT.Apabila mengucapkan terima kasih sebutlah Jazakallah-Semoga Allah SWT membalas kebaikan.Apabila bangun tidur sebutlah La iLLaaha iLLa Allah-Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT.Apabila bersin sebutlah Alhamdulillah-Segala puji-pujian bagi Allah SWT.Apabila orang lain bersin sebutlah YarhamukaAllah-Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasmu.Apabila insaf atau memohon ampun sebutlah-Astaghfirullah-Ampunilah ya Allah.Apabila mengangkat sumpah sebutlah-Wallahi wa billahi-Demi Allah SWT.Apabila menderma sebutlah Fisabillah-Pada jalan Allah SWT.Apabila menyintai seseorang sebutlah Lihub-Billah:Semoga Allah SWT menyayangi.Apabila meminta diri sebutlah Fi-Amaanillah;Semoga dipelihara Allah SWT.Apabila mengalami masalah sebutlah Tawakaltu-Ala- Allah;Aku berserah kepada Allah.Apabila berlaku sesuatu yang dihajati-Fatabaaraka- Allah;Allah Maha Berkuasa.Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini-Na'uudzu-Billah;Semoga dilindungi Allah SWT.Apabila berkahwin-Aamantu-Billah;Aku beriman kepada Allah SWT.Apabila berlaku sesuatu-Innalillahi-Wa- Inna-Ilaihi- Roji'uun-Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Apabila memohon doa-Ameen;Perkenankanlah.Hati yang hidup adalah hati merah yang tawadhu' mengingati Allah SWT.Zikrullah dan Zikrulmaut menuju Akhirat.

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri.....Tetapi...Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana....Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuranSeorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.....?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahamiYang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hinggaKadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untukmenceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah....? >Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.....Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...Kerana dia juga seorang manusia,Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..... Sebagai kekuatanJadilah kita sahabatnya itu....Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu....Tetapi....jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu...